Saturday 1 March 2014








untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, manja dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat..

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita 
di dunia dan di akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu 
yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.


Insya Allah. Amin Amin. 
hanya ini yang ku pinta.






Ya allah,
Kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-mu,
Dan cinta kepada orang yang mengasihi-mu,
Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-mu.
Jadikanlah cinta-mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan,

Ya allah,
Sesungguhnya aku memohon cinta-mu,
Dan cinta orang yang mencintai-mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintamu,

Ya allah,
Apa sahaja yang engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang engkau cintai.
Dan apa sahaja yang engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai,
Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang engkau cintai,

Ya allah,
Jadikanlah cinta-mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya allah,
Jadikanlah aku mencintai-mu, mencintai malaikat-mu, rasul-mu dan hamba-mu yang soleh,

Ya allah,
Hidupkanlah hatiku dengan cinta-mu
Dan jadikanlah aku bagi-mu seperti apa yang engkau cintai,

Ya allah,
Jadikanlah aku mencintai-mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-mu.


­­­­­­­­­­­­­­­­­­

Ya Rabbi, Jika cintaku kau ciptakan untuk dia, Tabahkan hatinya, Teguhkan imannya, Sucikan cintanya, Lembutkan rindunya. Ya Rabbi, Jika hatiku kau ciptakan untuk dia, Penuhi hatinya dengan kasihmu, Terangi langkahnya dengan nur-Mu, Bisikkan kedamaian dalam kerisauan, Temani dia dalam kesepian. Ya Rabbi, Ku titipkan cintaku pada-Mu untuknya, Resapkanlah rinduku pada rindunya, Mekarkan cintaku bersama cintanya, Satukan hidupku dan hidupnya Dalam cinta-Mu.. Kerana..aku sesungguhnya mencintai dirinya kerana-Mu, Amin Ya Rabbala’lamin….Aku yang mencintaimu kerana agamamu

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah, Aku rindukannya keranaMu. Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..

Friday 28 February 2014

Khas Buat BakalKu



Biar kamu salah sangka. Biar kamu salah anggap. Biar kamu salah menduga.
Biar kamu tahu yang buruk. Sebelum kamu mengharap yang baik-baik
kalau kamu ikhlas, kamu akan sedia menerima kekurangan yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikkan, bila kamu TIDAK BOLEH MENERIMA

KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ?
Biar kamu tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini.
Biar kamu tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi EXPECTATION kamu yang tinggi melangit.
Biar kamu tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan.

Biar kamu tahu, biar kamu buat keputusan supaya kamu tidak rasa TERTIPU, supaya kamu tidak

menyesal kelak. Saya tidak memandang siapa kamu yang dahulu, tetapi saya pandang siapa kamu
pada masa sekarang.



Monday 15 July 2013


Assalamualaikum Wr..

Buka hati dapat CINTA
buka fikiran …. dapat ILMU
buka mata…….cari Rizki…
& buka Handphone 1 pesan diterima
selamat menjalankan ibadah puasa, 

wish Allah give U the Best lives. 
I Pray… N Mohon dimaafin segala kesalahan2

marhaban ya ramadhan…………….
selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf lahir dan bathin


Monday 30 April 2012

 Para ulama muktabar meriwayatkan bahawa 10 langkah yang perlu dilakukan untuk menambah dan menyuburkan rezeki serta mendatangkan keberkatan dalam kehidupan. 1. Taubat Seseorang itu hendaklah sentiasa bertaubat di atas dosa yang telah dilakukannya. Taubat tersebut mestilah diiringi dengan: Meninggalkan perkara-perkara dosa yang telah dilakukan, menyesal dan membenci perbuatan dosa tersebut, berazam tidak akan kembali melakukan dosa tersebut, mengembalikan hak kepada yang berhak, menggantikan fardu yang telah luput. 2. Takutkan Allah SWT Rasa takut yang sebenar-benarnya kepada Allah yakni takutkan kemurkaan dan pembalasan-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. 3. Niat Yang Satu Dalam Mencari Rezeki Mencari rezeki atau keperluan hidup dengan niat untuk membantu kita mendekatkan diri dengan Allah yakni untuk melaksanakan perintah Allah supaya dapat menjalankan tanggung jawab kepada keluarga, sesama manusia dan makhluk. 4. Sabar Menahan diri dari keluh kesah terhadap sesuatu yang tidak disukai yang menimpa diri seperti. Sifat sabar perlu ada dalam diri ketika menghadapi situasi berikut: Ketika ditimpa bala, penyakit atau lain-lain ujian daripada Allah. Ketika mengerjakan segala perintah Allah. Ketika berusaha meninggalkan segala larangan Allah. 5. Bersyukur Mensyukri dan memuji Allah di atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya dan menggunakan segala nikmat tersebut di jalan yang diredhai Allah. 6. Ikhlas Menumpukan niat atau perkerjaan yang dilakukan semata-mata kerana Allah dan membersihkan hati dar sifat riya’, takbur atau inginkan pujian dari manusia. 7. Tawakkal Berpegang hati dan berserah diri kepada Allah setelah berusaha kerana yakin Allah berkuasa di atas segala sesuatu. 8. Sentiasa Mengingati Allah Kasihkan Allah dengan mengingati-Nya pada setiap ketika dan keadaan. Hendaklah bersegera menunaikan perintah-Nya yang fardhu dan menambah amalan-amalan sunat dan berusaha dengan sedaya upaya untuk menjauhi dosa dan maksiat. 9. Redha Menerima dengan tenang segala ujian daripada Allah dan redha dengan ketentuan-Nya tanpa berkecil hati dan yakin dengan rahmat Allah kerana Allah Maha Mengetahui di atas setiap sesuatu yang berlaku. 10. Sentiasa Mengingati Mati Sentiasa mengingati mati akan menjadikan kita sentiasa mempersiapkan diri dengan amalan-amalan kebajikan dan menjauhi amalan-amalan buruk kerana takutkan balasan dan azab daripada Allah SWT. Amalan-amalan kebajikan akan membuka pintu rezeki manakala maksiat akan menutup pintu rezeki.

...........GaMbAr AnImAsI bErGeRak.....

STiCkMaN


























Sunday 22 April 2012


MeRoKoK aDaLaH
SENJATA YAHUDI PALING
BERJAYA..nak tahu knapa??
Mana ada org hisap rokok
bermula dgn BISMILLAH..ada
... ke??
Mana ada slps abis merokok ucap
ALHAMDULILLAH..ada ke??
- Menyalakan api adalah
kesukaan syaitan..
- Meletakkan jari di mulut adalah
amalan Yahudi..
- Mengepit 2 jari pd rokok adalah
perlambangan SALIB..
SAUDARA2 ISLAM ku
sekalian....BERHENTILAH
MEROKOK :)









TaK nAk KePaDa RoKoK......