Saturday 1 March 2014








untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, manja dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat..

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita 
di dunia dan di akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu 
yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.


Insya Allah. Amin Amin. 
hanya ini yang ku pinta.






Ya allah,
Kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-mu,
Dan cinta kepada orang yang mengasihi-mu,
Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-mu.
Jadikanlah cinta-mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan,

Ya allah,
Sesungguhnya aku memohon cinta-mu,
Dan cinta orang yang mencintai-mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintamu,

Ya allah,
Apa sahaja yang engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang engkau cintai.
Dan apa sahaja yang engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai,
Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang engkau cintai,

Ya allah,
Jadikanlah cinta-mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya allah,
Jadikanlah aku mencintai-mu, mencintai malaikat-mu, rasul-mu dan hamba-mu yang soleh,

Ya allah,
Hidupkanlah hatiku dengan cinta-mu
Dan jadikanlah aku bagi-mu seperti apa yang engkau cintai,

Ya allah,
Jadikanlah aku mencintai-mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-mu.


­­­­­­­­­­­­­­­­­­

Ya Rabbi, Jika cintaku kau ciptakan untuk dia, Tabahkan hatinya, Teguhkan imannya, Sucikan cintanya, Lembutkan rindunya. Ya Rabbi, Jika hatiku kau ciptakan untuk dia, Penuhi hatinya dengan kasihmu, Terangi langkahnya dengan nur-Mu, Bisikkan kedamaian dalam kerisauan, Temani dia dalam kesepian. Ya Rabbi, Ku titipkan cintaku pada-Mu untuknya, Resapkanlah rinduku pada rindunya, Mekarkan cintaku bersama cintanya, Satukan hidupku dan hidupnya Dalam cinta-Mu.. Kerana..aku sesungguhnya mencintai dirinya kerana-Mu, Amin Ya Rabbala’lamin….Aku yang mencintaimu kerana agamamu

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah, Aku rindukannya keranaMu. Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..